POSTED BY LodgeStone Enterprise on 11:33 PM under
::KRITERIA PEMILIHAN TAPAK KOLAM::
  • Bekalan air sesuai : sungai, mata air, taliair dan air bukit.
  • Jenis tanah yang boleh menakung air : tanah liat.
  • Bentuk mukabumi yang landai tetapi seboleh-bolehnya pilih tapak yang air mengalir bergerak mengikut graviti bumi untuk menjimatkan kos elektrik.
  • Ada kemudahan infrastruktur seperti kemudahan asas (jalanraya, elektrik dll), senang mendapatkan buruh, selamat daripada bencana alam seperti banjir atau kemarau.
  • Senang untuk memasarkan ikan.
::PERSEDIAAN KOLAM SEBELUM PELEPASAN BENIH IKAN::

  • Keringkan air asal kolam untuk menggelakkan kematian ikan daripada jangkitan penyakit.
  • Buang lumpur pada dasar kolam kerana ia akan menurunkan kualiti air. Selain itu, buang semua tumbuhan air yang tidak memberi manfaat kepada ikan.
  • Taburkan kapur pada dasar, tebing dan batas kolam. Biarkan sekurang-kurangnya 2 minggu di bawah sinaran matahari. Kebaikan pengapuran adalah:
  1. Meningkatkan pH air
  2. Mengeraskan dasar kolam
  3. Menghapuskan parasit (penyakit), musuh ikan dan tumbuhan yang tidak dikehendaki.
  4. Mempercepatkan proses pereputan bahan organan serta meninggikan kesuburan kolam.
  5. Mencepatkan proses mendakan bahan organan yang berlebihan di dalam air.

Berikut adalah jenis-jenis dan kadar penggunaan kapur yang disyorkan :

  • pHBawah 4
4 – 4.5
4.5 – 4.0
5.0 – 5.5
5.5 – 66 – 6.5Kg/haKapur Batu Putih - Limestone, CaMg (CO)
3805
3044
2283
1902
1012
888
Kapur Abu Panas, CaO2 (Quicklime/ Burnt Lime)
2917
2283
1776
1395
761
634
Kapur Abu Sejuk, Ca (OH)2 (Hydrated/ Slake Lime)
1903
1522
1142
1015
507
507

  • Selepas dasar kolam kering dan merekah, air dimasukkan ke dalam kolam
  • Setelah sekurang-kurangnya 1/3 kolam dipenuhi air, baja ikan ditabur untuk menyuburkan kolam dari segi kandungan plankton (makanan semulajadi ikan). Kadar penaburan baja air mengikut jenis adalah seperti berikut :
  1. Jenis Baja
  2. Kadar yang disyorkan
  • Baja Fosfati. Double Superfosfat (DSP)400 kg/ ha/ setahun
  • ii. Triple Super Fosfat (TSP)”340 kg/ ha/ setahunBaja Nitrogeni. Amonium Sulfat80 kg/ ha/ setahun
  • ii. Amonium Nitrat1,350 kg/ ha/ setahun
  • iii. Amonium liquar550 kg/ ha/ setahuniv. Urea67 kg/ ha/ setahun

  • i. Amonium Sulfat80 kg/ ha/ setahun
  • ii. Amonium Nitrat1,350 kg/ ha/ setahun
  • iii. Amonium liquar550 kg/ ha/ setahuniv. Urea67 kg/ ha/ setahun

  • Setelah dibajai, kolam dibiarkan sekurang-kurangnya 2 minggu sehingga air kolam menjadi kehijauan.
  • Kemudian kualiti air diuji agar menepati keperluan mengikut kesesuaian seperti berikut :
  1. ParameterNilai Yang Sesuai
  2. i. Oksigen Terlarut (D.O)Lebih dari 2.5 ppm
  3. ii. Karbon dioksidaKurang dari 25 ppm
  4. iii. pH6 – 8
  5. iv. Suhu air20 – 35oC (optimum 28 – 32oC)
  6. v. AmmoniaKurang dari 1.0 ppm

::PELEPASAN BENIH IKAN TILAPIA::

1. Kadar pelepasan = 3,000 – 5,000 ekor/ ha.2. Biasanya benih ikan yang hendak dimasukkan ke dalam kolam disimpan di dalam beg plastik. Beg plastik ini perlu diapungkan di atas permukaan kolam sekurang-kurangnya setengah jam. Ini bertujuan supaya benih ikan tidak mengalami tekanan akibat perubahan suhu yang mendadak. Selepas itu, benih ikan dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam air.

::PEMAKANAN::

1. Ikan Tilapia adalah daripada jenis “Omnivorous” ataupun Maserba (iaitu boleh memakan makananan berasaskan haiwan dan juga tumbuhan).

2. Terdapat 3 punca utama iaitu :

  • a. Makanan semulajadi – bentos, nekton, plankton, lumut, tumbuhan air dll
  • b. Makanan tambahan – dedak, hampas kacang tanah, kelapa, soya, makanan berfomulasi (pellet), bahan-bahan buangan sayuran dan sebagainya.

3. Cara pemberian makanan :

  • a. Tabur - makanan ikan ditabur ke dalam atau di tepi kolam
  • b. Cara Cuba-cuba - makanan diberi perlahan-lahan sehingga ia berhenti makan. Cara ini agak lambat, namun demikian pemberian makanan boleh dikawal dengan senang.

4. Makanan haruslah diberikan ditempat yang sama setiap masa

5. Ikan perlu diberi makan 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang. Kadar pemberian makanan adalah seperti berikut :

Saiz Ikan

% Makanan yang patut diberi mengikut berat badan

  • Anak ikan kurang dari 2 inci = 6 – 10%
  • Anak ikan antara 2 – 6 inci = 3 – 6%
  • Ikan lebih dari 6 inci = 2%

::AKTIVITI HARIAN::

Pemeriksaan ke atas kolam biasanya dibuat khususnya pada waktu pagi. Ini bagi mengelakkan penternak mengalami masalah-masalah diluar jangkaan. Antara aktiviti yang perlu ialah:

  • 1. Memberi makanan
  • 2. Pemeriksaan kebocoran kolam/ tambak/ batas
  • 3. Memeriksa kualiti air.
  • 4. Membersihkan penapis saluran air masuk dan keluar
  • 5. Mengawal rumpair
  • 6. Mengawal pemangsa
  • 7. Membuat catatan harian

::PENUAIAN::

  • 1. Penuaian boleh dilakukan mengikut bilangan ikan yang hendak dituai iaitu samada :

a. Penuaian secara sebahagian – menggunakan jala, dengan tangan, pukat tarik.

b. Penuaian keseluruhan – dilakukan dengan mengeringkan kolam sepenuhnya.

  • 2. Umumnya tidak semua ikan yang dituai dapat dijual sekaligus. Oleh itu, penternak perlu menyediakan tempat seperti kolam khas (kecil), tangki atau bekas yang mengandungi air dan dibekalkan alat pengudaraan untuk menyimpan hasil tangkapan sebelum dipasarkan.
  • 3. Semasa penyimpanan ini, air batu boleh digunakan ke dalam tangki berkenaan dengan tujuan untuk menurunkan suhu dan mengurangkan aktiviti-aktiviti bakteria dan sebagainya.