POSTED BY LodgeStone Enterprise on 3:54 AM under
Tilapia-tilapiine cichlid

Ikan Tilapia merupakan nama umum bagi hampir seratus spesies ikan cichlid dari puak biologi tilapiine cichlid. Tilapia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Kebanyakan ikan tilapia merupakan haiwan maserba dengan kecenderungan pada bagi tumbuhan rumpair lembut dan detritus. Dari segi sejarah tilapia merupakan ikan tangkapan penting di Afrika dan Levant, dan menjadi semakin penting dalam akuakultur di sekeliling dunia (lihat akuakultur tilapia). Di mana tilapia telah diperkenalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ia semakin menjadi spesies ceroboh yang bermasalah (lihat tilapia sebagai spesies eksotik).Antara genus ikan tilapia adalah:

  1. Tilapia Hitam (Oreochromis mossambicus)
  2. Tilapia Merah (Oreochromis niloticus)
  3. Tilapia Biru (Oreochromis aureus)






Nama Melayu (Malay Name) : Tilapia Mossambi
Keluarga (Family) : CICHLIDAE
Nama Saintifik (Scientific Name) : Tilapia mossambics (Peters)
Saiz Biasa (Normal Size) : 22 cm
Nama Lain (Other Names) : Mossambi Tilapia
Nama Indonesia (Indonesian Name) : Ikan Moedjair
Nama Cina (Chinese Name) C : Fei Chow Yee










Nama Melayu (Malay Name) : Tilapia Nile
Keluarga (Family) : CICHLIDAE
Nama Saintifik (Scientific Name) : Tilapia nilotica (Linn.)
Saiz Biasa (Normal Size) : 22 cm
Nama Lain (Other Names) : Nile Tilapia





Nama Melayu (Malay Name) : Tilapia Kacukan (jantan)
Keluarga (Family) : CICHLIDAE
Nama Saintifik (Scientific Name) : T. hornorum x T. mossambics
Saiz Biasa (Normal Size) : 22 cm
Nama Lain (Other Names) : Tilapia Hybrid (male)


Nama Melayu (Malay Name) : Tilapia Kacukan (betina)
Keluarga (Family) : CICHLIDAE
Nama Saintifik (Scientific Name) : T. hornorum x T. mossambics
Saiz Biasa (Normal Size) : 22 cm
Nama Lain (Other Names) : Tilapia Hybrid (female)

___________________________________________________________________

Oleh Mohd Amin Jalil

SEREMBAN: Keenakannya yang sememang diakui dan ditambah dengan mudah mendapatkannya, menjadikan ikan air tawar pilihan kebanyakan orang sebagai hidangan di meja makan.Malah, ikan air tawar juga semakin mendapat tempat di hotel bertaraf lima bintang. Permintaan yang tinggi ini menyebabkan Kerajaan Negeri Sembilan mengorak langkah memperhebatkan aktiviti penternakan ikan air tawar.Ini akan dilakukan dengan menggalakkan lebih ramai pengusaha menyertai sektor itu yang juga selaras matlamat menjadikan negeri ini pengeluar ikan air tawar terbesar negara.Ikan air tawar mampu menjana pendapatan memuaskan kepada pengusaha malah ada yang memperoleh pendapatan sehingga empat angka sebulan berikutan sambutan menggalakkan di pasaran.Pelbagai usaha sudah dirangka dan akan dilaksanakan ke arah merealisasikan matlamat itu yang merangkumi program bersepadu membabitkan pelbagai pihak, termasuk swasta.Antaranya adalah mewujudkan lebih banyak pusat akuakultur selain membaik pulih kolam terbiar untuk aktiviti penternakan ikan air tawar atau udang.Usaha lain yang turut dilakukan ialah mempelbagaikan lagi industri berkaitan seperti ikan air tawar kering atau salai di samping memperbanyakkan promosi masakan ikan air tawar di dalam dan luar negeri ini.Timbalan Pengerusi Portfolio Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan, Datuk Ibrahim Yahaya, berkata kerajaan negeri sudah merangka pelbagai pendekatan untuk memaju dan mengembangkan aktiviti ekonomi berkenaan.Beliau berkata, antara langkah yang sedang dan akan dilaksanakan ialah mewujudkan lebih banyak pusat penternakan ikan air tawar dan udang dengan kerjasama agensi berkaitan seperti Jabatan Perikanan Negeri Sembilan selain swasta."Kita juga merancang memulihkan kolam terbiar bagi membolehkannya digunakan untuk aktiviti penternakan ikan air tawar secara lebih produktif," katanya.Katanya, ada kira-kira 600 kolam terbiar di seluruh negeri ini yang akan dibaik pulih bagi melaksanakan projek ternakan ikan air tawar secara besar-besaran.Beliau berkata, Jabatan Pertanian Negeri Sembilan sudah mengenal pasti kolam terbiar yang perlu dibaik pulih dan usaha itu akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)."Industri ini menjanjikan keuntungan lumayan. Contohnya, pusat penetasan benih udang galah di Lukut, Port Dickson, mampu menjana pendapatan kira-kira RM250,000 sebulan atau RM3 juta setahun," katanya.Katanya, kerajaan negeri akan menyediakan kemudahan secukupnya di semua kawasan ternakan manakala penyelidikan dan pembangunan (R&D) akan dipertingkatkan bagi menghasilkan benih ikan dan udang bermutu.Ibrahim berkata, Pusat Penyelidikan Ikan Air Tawar terbesar dan tercanggih di Asia di Glemi Lemi, Jelebu yang dibina dengan kos kira-kira RM70 juta boleh dimanfaatkan untuk tujuan itu.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Menanti, berkata kerajaan juga bercadang mewujudkan sistem anak angkat dengan memberi peluang kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengusahakan projek penternakan itu.Katanya, penternak akan dibantu dari segi kewangan dan kepakaran termasuk mendapatkan benih ikan bermutu supaya projek terbabit mampu memberi pulangan memuaskan."Setakat ini, ada seramai 1,023 pengusaha ternakan ikan air tawar di negeri ini di 2,053 kolam serta berkeupayaan mengeluarkan hasil bernilai kira-kira RM32.93 juta setahun."Kerajaan mensasarkan lebih 4,400 tan metrik ikan air tawar dapat dipasarkan di dalam mahu pun luar negeri ini tahun ini," katanya yang yakin usaha mempelbagaikan industri hiliran mampu meningkatkan taraf ekonomi rakyat negeri ini.Sementara itu, Pengarah Perikanan negeri, Mohd Sufian Sulaiman, berkata negeri ini berpotensi menjadi pengeluar utama akuakultur negara berdasarkan pembabitan ramai pengusaha dalam bidang itu."Saya yakin dengan kesungguhan kerajaan negeri, matlamat memajukan lagi industri ini akan tercapai, sekali gus menjadikan Negeri Sembilan pengeluar hasil akuakultur terbesar negara," katanya.Pengarah Urusan Syarikat Sama Aqua Culture Sdn Bhd yang terbabit secara langsung dengan projek akuakultur, Dzulkarnain Zainal, berkata pihaknya merancang bergiat aktif membantu kerajaan negeri memajukan industri berkenaan."Kami sudah ada pengalaman dalam bidang ini yang boleh digunakan untuk membantu kerajaan negeri merancakkan lagi aktiviti akuakultur, termasuk ikan air tawar di negeri ini," katanya.FAKTA1,023 pengusaha ternakan ikan air tawar2,053 kolam ikan air tawar sedang beroperasi RM32.93 juta nilai pasaran ikan air tawar setahun4,400 tan metrik ikan air tawar disasar untuk dipasarkan

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/EdisiTengah/20060613095615/Article/



















0 comments so far: